Pengumuman Penting!!!!!!!!!!

Saya telah berpindah ke dialirankedamaian.blogspot.com

Harap maklum.

Interview Sessions With Islamic Banking and Finance (IBF) Experts

In the process of developing the determinants of bank selection from the framework of  Islamic consumer behavior (consumer perspective), 8 interview sessions had been conducted since 22 September 2008 involving practitioners, consultants, academicians and religous figures (see below)

100_04111

 

Picture (left): Researcher with Badlisyah Abd.Ghani, CEO of CIMB Islamic Bank

 

100_0398

 

Picture (left): Researcher with Dato’ Wan Ismail Wan Yusoh, General Manager of BIMB

 

100_03881

 

Picture (left): Researcher with Dato’ Hassan Ahmad, Mufti of Penang

100_0413

Picture (left): Researcher with Dato’ Md. Hashim Yahya, ex-Chairman of BNM Shariah Advisory Board

 

100_0410

 

Picture (left): Researcher with Tuan Haji Sabar Rahaman, Shariah Advisor of Microlink (ex Vice President of Bank Muamalat Malaysia Berhad)

100_0399

Picture (left): Researcher with Professor Dr. Abd.Ghafar Ismail (UKM), Shariah Advisory Board Member of Standard Chartered
 100_03771

Picture (left): Researcher with Dr. Atikullah Abdullah (USM), Shariah Advisory Board Member of Agrobank

 

100_0395

 

Picture (left): Researcher with Ustaz Mohd Bakir Mansor, Chairman of BIMB Shariah Advisory Board Member cum Internal Research Fellow of IBFIM 

Pengertian Teori dan Peranannya

Secara prinsip, ‘Sorotan Karya’ (salah satu bab tesis) membincangkan konsep-konsep penting berkaitan hal yang dikaji. Ia menghala kepada pembentukan kerangka teori kajian. Dalam proses melengkapkan bab ini, salah satu masalah awal yang mungkin terjadi kepada anda (jika berkaitan) ialah memahami  apakah yang dimaksudkan dengan teori? Jika sudah difahami maknanya, apa pentingnya teori dalam sesuatu kajian?

 

Sabitha Marican (2005:49) menjelaskan makna teori seperti berikut: teori ialah satu set pernyataan yang abstrak dan umum yang disokong oleh syor (atau hipotesis yang dibuktikan). Berdasarkan makna ini, beliau menegaskan bahawa teori dan hipotesis adalah dua hal yang tidak dapat dipisahkan kerana teori itu sendiri disokong melalui hipotesis. Beliau juga berkata: teori adalah satu set kenyataan mengenai perkaitan antara beberapa pembolehubah. Oleh yang demikian, sesuatu teori itu mestilah boleh diuji dan merupakan sesuatu yang benar atau sebaliknya sehinggalah ia dibuktikan.

 

Jikalau itu maknanya teori, apa pentingnya teori dalam sesuatu kajian atau penyelidikan?

Sesuatu teori yang baik dapat menjelaskan kepada kita tentang sesuatu fenomena. Ia memandu kita untuk mengisi jurang literatur yang dikenal pasti sama ada mendalami sesuatu fakta yang telah diketahui atau menjelaskan perkara-perkara yang masih kabur. Justeru, Sabitha Marican (2005:50) menyarankan 3 peranan utama teori: Pertama, mengorganisasikan pengetahuan dan menjelaskan hukum. Kedua, meramal hukum yang baru. Ketiga, menjadi panduan untuk penyelidikan.

 

Sekarang, kita sudah memahami secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan teori dan peranannya dalam sesuatu penyelidikan. Apa pula yang dimaksudkan dengan kerangka teori? Begitu juga dengan kerangka konsep? Apakah ada perbezaan antara keduanya?

 

Sama ada kerangka teori atau kerangka konsep, perbincangan kedua-duanya tertumpu kepada konsep dan pembolehubah yang hendak dikaji.

 

Secara mudahnya, kerangka teori memperlihatkan satu penjelasan yang luas dan umum tentang perkaitan antara konsep-konsep yang dikaji (Sabitha Marican, 2005:50). Menurut Sabitha Marican lagi, ia berdasarkan penjelasan teori sedia ada (penyelidik guna kerangka teori untuk jelaskan teori tentang sesuatu hal yang dikaji). Contohnya, teori motivasi ialah satu contoh kerangka teori dalam mengkaji pendorong sesuatu gelagat atau tingkah laku.

 

Perlu difahami juga, kerangka teori ini sering digunakan apabila tiada teori yang wujud dan dengan sebab itu, penyelidik membentuk satu perkaitan antara antara konsep-konsep yang hendak dikaji (Sabitha Marican,  2005:50).

 

Secara lebih menyeluruh, perhatikan rumusan Uma Sekaran (2000:56) tentang perkara yang perlu ada dalam sebuah kerangka teori. Ada 5 ciri penting iaitu: Pertama, perlu terlebih dahulu mengenal pasti dan melabelkan pembolehubah yang dianggap sesuai dengan kajian. Kedua, perlu nyatakan bagaimana pembolehubah-pembolehubah tersebut berhubungan. Ketiga, perlu nyatakan sifat dan arah hubungan (berdasarkan kajian-kajian lepas) antara pembolehubah-pembolehubah tersebut. Keempat, perlu ada penjelasan tentang ramalan hubungan tersebut. Kelima, perlu kemukakan rajah yang sistematik.

 

Maknanya, kerangka teori ialah asas untuk menerangkan secara keseluruhan apa yang hendak dikaji.

 

Jikalau begitu pengertian kerangka teori, apa pula kerangka konsep?

 

Kerangka konsep lebih bersifat tentatif dan belum dibangunkan secara sepenuhnya berbanding kerangka teori (Norwood, 2000:78). Ertinya, ia merujuk sesuatu teori yang belum diuji.

 

Kerangka konsep adalah sesuatu yang amat penting bagi penyelidik kualitatif. Melalui kerangka ini, proses pengumpulan data dan seterusnya pentafsirannya ke arah membentuk satu generalisasi dapat dilakukan.

 

Hukumlah Sesuatu Dengan Ilmu

 

Sedihnya membaca tulisan di bawah yang dihantar oleh seorang hamba Allah kepada semua pembaca sekalian. Apabila saya menggunakan perkataan ‘sedih’, pastinya ada yang bersetuju dengan saya atau sebaliknya atau mungkin saudara merupakan salah seorang yang berfahaman sebagaimana tulisan di bawah:

 

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera Saudara/i Sekalian,

Sedar tak sedar, kita semua ni menjadi mangsa tipudaya dunia akhir zaman. Berbondong2 umat Islam hari ini mempercayai sistem perbankan yang bertopengkan nama Islam. Keluar mulut harimau, masuk mulut buaya.

Hakikatnya, Perbankan Islam ataupun Perbankan Konvensional yang wujud pada hari ini adalah 2×5 sahaja. Kedua-duanya mengenakan caj yang tidak munasabah ataupun memang menyakitkan hati para peminjam. Caj yang dikenakan ini kalau kat Bank non-Islam dipanggil ‘interest’ charge manakala kat Bank Islam ditukar perkataan tu kepada ‘service’ charge – sama sahaja, ‘bungkusan’ je lain2.

Kalau kita fikir betul2, bank yang bertopengkan nama Islam ni lebih banyak menipu masyarakat berbanding bank non-Islam ataupun sekurang2nya sama besar penipunya.

Bank bertopengkan Islam kata, caj 7.5% yang dikenakan untuk pinjaman perumahan itu adalah ‘service’ charge ataupun caj perkhidmatan BUKANNYA ‘interest’ charge ataupun caj faedah… Alaaahaai, pandai betul putar belit!!! Licik & jelek betul teknik pemasaran begini!!! Konsep sama, nama je lain… Bank Konvensional sekurang2nya berterus terang, tak macam bank bertopengkan Islam, berpusing2…

Saya bagi contoh, bayaran pokok setiap bulan bagi pinjaman perumahan RM300k selama 30 tahun adalah sebanyak RM833.33 sebulan. Purata KADAR FAEDAHbank bertopengkan Islam adalah 7.5% (terus-terang, tak payah nak berselindung2, konon2nya kadar perkhidmatan ye, bukan kadar faedah ye, ptuihh)…

Setelah dicampur dengan kadar faedah 7.5% ni, maka peminjam perlu membayar ‘a whopping’ RM2097.64 SEBULAN kepada bank yang bertopengkan Islam tadi… Kiralah berapa banyak caj yang dia kata HANYA SERVIS CAJ tu… RM1264.31 tuhhh!!! Kepala hatok dia, satu kepala kena bayar servis bulan2 besar macam tu!!!

Cuba kita bezakan dengan bank non-Islam yang kini kita perlu bayar serendah 4.5%. Jumlah bayaran bulanan dia RM1520.05, bermakna faedah dia hanya RM686.72 sahaja – masih lagi tak wajar TAPI jauh lebih rendah daripada bank bertopengkan Islam yang mengenakan faedah RM1264.31…

Ada yang memberi alasan kadar faedah bank bertopengkan Islam tu kekal atau TIADA BLR (Base Lending Rate). Sedar ke tak sedar, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bagi pinjam duit kita kat kawan kita dan kita diajar adalah HARAMMM untuk kita mintak extra walau 1 sen pun daripada kawan kita tadi tu sekalipun one-time basis atau per day or etc… Tiba2, halal pulak bagi bank bertopengkan Islam… Apa nih!?

Lepas tu, sejak akhir2 ni, dah mula menjadi trend bank2 bertopengkan Islam ni menawarkan pakej baru yang menggunakan konsep BLR. Cuma bezanya, dia tukar nama BLR tu kepada BFR (Base Financing Rate)… BFR-1%, BFR-1.2% etc… Pakej baru nie disasarkan kepada mereka yang tak mampu nak bayar fix interest rate 7.5% sebelum ni. Jijik betul lah depa twist-twist macam nih!

Barangkali ING Housing Loan yang kini menawarkan kadar faedah fix 5.5% lebih Islamic daripada bank2 atau pakej2 yang menggunakan nama Islam… Jika bank bertopengkan Islam tu buat macam Bank Negara Malaysia yang mengenakan kadar faedah 2% sahaja kepada stafnya, maka barulah agak munasabah…

Beberapa kenalan saya yang membuat pinjaman perumahan dengan bank non-Islam telah membuat rayuan untuk dikecualikan daripada caj lewat bayar untuk tempoh tertentu dan rayuan tersebut diluluskan sebab mereka mempunyai alasan kukuh antaranya anak menghidap kanser yang memerlukan belanja berpuluh ribu ringgit. Ehem, kalau tiada alasan munasabah, adillah kalau kena ‘denda’ kan. Siapa kata bank non-Islam tak pernah consider masalah peminjam2nya?

Lagi satu, saya ni orang Cina Muslim. Ayah saya Chinese convert. Tolong betulkan fakta si Zaharuddin tu yang merepek kononnya sebab utama orang Cina pilih perbankan Islam kononnya kerana kemudahan pengecualian caj lewat bayar. Kami orang Cina, kalau pilih bank Islam, sebab utamanya adalah kadar faedah fix tu ye.

Saya kesian tengok orang Melayu Islam/peribumi Islam ‘TERPAKSA’ pilih bank Islam yang mahal sebab mulut2 orang seperti Zaharuddin yang ‘menghalalkan’nya. Kami, bangsa Cina, rata2 tiada masalah untuk bayar lebih 20%-40% sebab kami mampu dari segi kewangan untuk bayar lebih bagi mengelakkan uncertainty berbanding peribumi Islam yang tup,tup,tup terus kena bayar caj yang mencanak dalam keadaan kurang mampu kewangan.

Dan sejak ING menawarkan fix housing loan interest, ramai orang Cina yang dah beralih.

Aku tak tahu lah macam mana orang2 agama ni kena kelentong dengan golongan korporat yang berjaya memperdayakan mereka untuk meng’halal’kan pakej2 pinjaman bertopengkan nama Islam tu…

Aku ada jumpa sorang ulamak ni, yang TIDAK pernah membuat sebarang pinjaman. Selepas 4 tahun bekerja, barulah dia membeli kereta Proton secara tunai dengan menggunakan wang simpanannya. Hampir 20 tahun, selepas membeli kereta, barulah dia membeli rumah, juga secara tunai.

Dia takut untuk membuat pinjaman sekalipun dengan bank Islam kerana banyak keraguan yang berasas untuk menelan bulat2 fatwa halal bank Islam. Memang aku respek kat dia. Aku pun tak mampu nak ikut kesabaran dia menyimpan selama berpuluh2 tahun untuk beli rumah cash!

Semoga Allah Merahmati ulamak berkenaan.

 

(dipetik daripada sebuah laman web)

 

Bagaimana? Bersetuju dengan penulis? Jikalau saudara sealiran dengan penulis ini, sekali lagi saya menggunakan perkataan ’sedih’ buat saudara untuk menegaskan betapa salah dan dangkalnya fakta-fakta yang telah dinyatakan.

 

Saya bukanlah seorang pakar dalam bidang yang menggabungkan usul fiqh, kewangan dan perbankan. Namun, pengalaman singkat saya sebagai seorang pengamal perbankan, dan kini sebagai seorang calon PhD dalam bidang gelagat pengguna Islam dan kriteria pemilihan bank membawa kepada beberapa rumusan utama. Walau bagaimanapun, hari ini saya ingin mengetengahkan satu sahaja daripada kesemua rumusan tersebut.

 

Rumusan pertama, jangan terlalu tergesa-gesa untuk mengharamkan sesuatu yang sifatnya halal, sekiranya kita tidak cuba mendalami konsep syariah dalam perbankan Islam. Apakah kita telah benar-benar memahami takrif, rukun, syarat sah dan hukum sesuatu prinsip Islam yang diterapkan ke dalam sesuatu produk perbankan? Jika jawapannya tidak, bersedia untuk berhadapan dengan Allah nanti di hari pengadilan kerana kita telah menghukum sesuatu tanpa ilmu, apa lagi mengharamkan yang halal, menghalalkan yang haram.

 

Mengikut penelitian saya, mereka ini terlalu jahil tentang hal-hal ini. Pandangan yang mereka lontarkan ini adalah berdasarkan teori ikut-ikutan yang didasari oleh nafsu yang jahat dan emosi yang bercelaru. Jika tidak percaya, saya ingin bertanya kepada penulis dan juga saudara. Jika benar bank Islam yang sedang beroperasi kini hanyalah bersifat kosmetik (istilah faedah ditukar kepada keuntungan), bagaimana saudara mentafsirkan ayat 275 surah al-Baqarah? Apakah konsep hubungan yang terjalin antara bank dan kita sebagai pengguna? Jika sistem perbankan Islam yang sedia ada ini terlalu ’jelek’ di pandangan, sistem yang bagaimana yang saudara inginkan? Pastinya, saudara akan menjawab sistem yang menyediakan produk dan perkhidmatan yang murah, tidak zalim dan tidak menindas. Tidakkah kesemua nilai ini dianjurkan oleh Islam?

 

Produk perbankan Islam lebih mahal daripada produk perbankan Islam? Betulkah? Kaedah pengiraan yang ditunjukkan (tulisan di atas) mempamerkan ketidaktepatan pengiraan sebenar seterusnya mendedahkan betapa ceteknya ilmu perbankan yang dimiliki. Tidakkah saudara ketahui bahawa jumlah kos sebenar bagi produk perbankan konvensional adalah terikat kepada kadar pinjaman asas (BLR) yang diperkenalkan oleh rejim Yahudi untuk menggantikan kadar pinjaman prima? Ertinya, kos sebenar pinjaman adalah bergantung kepada pergerakan BLR yang tidak tetap kadarnya (di sinilah haramnya perbankan konvensional kerana ada unsur ketidakpastian). Saudara mendakwa Based Financing Rate (BFR) yang diperkenalkan oleh bank Islam itu sebenarnya BLR versi Islam. Jangan bersikap melulu. Tahukah saudara apakah yang dimaksudkan dengan BFR? Ia sebenarnya jauh lebih baik daripada BLR dan fixed rate kerana memberikan lebih keadilan kepada pengguna daripada segi kos sebenar sesuatu aset yang disewa daripada bank. Sebagai contoh, jika kadar tetap ialah 8%, BFR pula 6%. Mana-mana pembiayaan yang menggunakan BFR, pengguna akan diberikan diskaun sebanyak 2% (8%-6%). Menariknya, jika BFR meningkat melebihi kadar tetap (seperti contoh di atas, 8%), pengguna akan dikenakan kadar 8% (tidak boleh lebih daripada kadar tetap). Dan yang lebih penting untuk saudara fahami sebelum membincangkan hal-hal yang lebih teknikal ialah, hubungan yang terjalin antara saudara dan bank konvensional ialah atas dasar peminjam dan pemberi pinjam. Ertinya, yang menjadi objek urusniaga ialah wang sama ada dipinjam atau diberi pinjam (di sinilah riba ad-duyun berlaku). Sedangkan dalam perbankan Islam, hubungannya ialah antara pembeli atau rakan kongsi dan penjual. Ertinya, yang menjadi objek urusniaga bukannya wang tetapi barang atau perkhidmatan yang dijual beli. Dan inilah yang menjadi intipati penting dalam ayat 275 surah al-Baqarah.

 

Islam tidak menolak elemen ’murah’, kerana ia seringkali dikaitkan dengan unsur tidak zalim dan tidak menindas. Tetapi harus diingat bahawa yang lebih diutamakan oleh Islam ialah tentang kehalalannya sama ada daripada segi mutu dan kesuciannya. Analoginya mudah. Sekiranya kita ingin membeli minyak wangi yang berjenama, bagaimana harganya? Mahal bukan? Tetapi kenapa kita sanggup membelinya walaupun harganya mahal? Padahal dengan harga begitu kita mampu memiliki minyak wangi yang tidak berjenama dengan kuantiti yang banyak.

 

Ada pula yang bertanya: kenapa bank Islam tidak boleh menawarkan produk yang murah. Sebenarnya itulah yang ingin dilakukan oleh bank Islam. Tetapi harus diingat, bank Islam juga perlu melunaskan tanggungjawab kepada para pendeposit, mempastikan tidak berlakunya kerugian operasi (tahukah kos sebenar yang perlu ditanggung oleh pihak bank dalam urusan pembiayaan aset?) dan yang lebih penting ialah untuk meneruskan kelangsungannya dalam arus persaingan dengan bank-bank konvensional yang jauh lebih besar asetnya (aset bank-bank Islam ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan bank-bank konvensional). Saya titipkan peringatan ini buat diri saya yang masih banyak kelemahannya dan juga para pembaca sekalian, tiada guna meraih keuntungan dunia, tetapi merana di akhirat kelak.

4 Research Strategies

I still remember a week before my proposal defense day, I was asked by someone (Amron Haron, Final Year PhD Candidate) from School of Management, USM regarding my PhD proposal. He was really challenge my patience due to his ‘provocative’ questions.

Amran  : What is your approach? Does it qualitative or quantitative?

Azrin    : It combines both qualitative and quantitative approach

Amran  : Wow, it sounds ‘big’. Why don’t you focus either one?

Azrin    : Well, the nature of my research requires me to combine both methods in order to produce the real findings from the Islamic perspective

Amran  : What does it mean?

Azrin    : Mine is Islamic-based research. So, the theoretical framework that I’m gonna use should be based on Islamic theories and models

Amran  : Are you saying that we can’t use the available one that had been established over the years?

Azrin    : Well, one should understand that there are many differences between Islamic theory and its counterpart. One of them is its tasawur and epistemology.

Amran  : Hey buddy. Don’t be too ambitious. Anyway, there’s nothing wrong with the existing theories and models especially the one which is referred by many researchers in all over the world. Moreover, it consists of many universal values that are considered as a neutral value. Then, who are you to say that this one cannot be used as our framework?

Azrin    : As told by my Professor, both of them are based on different tasawur and epistemology. Different tasawur and epistemology may lead to different methods and different conclusions. Then, how can we conclude that there’s nothing wrong with the existing theories?

Amran  : If that the case, you should develop your own model or theory and I don’t think you manage to complete your studies within 3 years.

 

(bla, bla, bla………..)

 

We finished our discussions without any one agreement. Blur……………….

Anyway, thanks to him for his valuable comments and most importantly, he revealed my low level of research strategies knowledge. And that’s the reason I registered myself as one of the participant of ‘Research Strategies Workshop’ that was conducted by Dr. Reevani and his wife, Dr. Ellie 4 days before my proposal defense day.

 

When I attended this workshop, I kept on thinking the discussion that I had with Amran. Then, I came to the conclusion that we both are on the right track. Why? Because Amran applied only deductive strategy. He shouldn’t say that my research was wrong by using his school of thought (mazhab) understanding.  Specifically, I use inductive (to achieve my first objective of the study) and deductive strategies (to achieve my second objective of the study) in my research with certain justifications.

 

So, what are the 4 research strategies?

 

I quoted from Norman Blaikie (2000: 24-26) in his book entitled ‘Designing Social Research’.

In brief, the 4 strategies are inductive, deductive, retroductive and abductive.

 

The inductive research strategy starts with the collection of data and then proceeds to derive generalizations using so-called inductive logics. The aim is to determine the nature of the regularities, or networks of regularities in social life. Once these are established, they can be used to explain the occurrence of the specific events by locating them within the pattern of established regularities. This strategy is useful for answering ‘what’ questions but rather limited in its capacity to answer ‘why’ questions.

 

The deductive strategy begins with some regularity that has been discovered and which begs an explanation. The researcher has to find or formulate a possible explanation, a theoretical argument for the existence of the behavior or the social phenomenon under consideration. This task is then to test the theory by deducing one or more hypotheses from it, and then to collect appropriate data. Should the data match the theory, some support will be provided for its continuing use, particularly if further tests produce similar results. However, if the data do not match the theory, the theory must be either modified or rejected. Further testing of other candidate theories can then be undertaken. Therefore, according to this research strategy, knowledge of the social world is advanced by means of trial and error process.

 

The retroductive research strategy also starts with an observed regularity but seeks a different type of explanation. In this strategy, explanation is achieved by locating the real underlying structure or mechanism that is responsible for producing the observed regularity. To discover a structure or mechanism that has been previously known, the researcher has to first construct a hypothetical model of it, and then proceed to establish its existence.

 

The abductive strategy has a very different logic to other three. It is sometimes described as involving induction, but this grossly underestimates the complexity of the task involved. The starting point is the social world of the social actors being investigated: their construction of reality, their way of conceptualizing and giving meaning to their social world , their tacit knowledge. This can only be discovered from the accounts which social actors provide. Their reality, the way they have constructed and interpreted their activities together, is embedded in their language. Hence, the researcher has to enter their world in order to discover the motives and reasons that accompany the social activities. The task is then to redescribe these motives and actions, and the situations in which they occur, in the technical language of social scientific discourse. Individual motives and actions have to be abstracted into typical motives for typical actions in typical situations. These social scientific typifications provide an understanding of the activities, and may the become the ingredients in more systematic explanatory accounts

 

Last but not least, I would say that everyone of us especially PhD candidate should ‘master’ this knowledge in order to achieve every objective of our research.

 

Berakhirkah Isu Pembelian Mercedes-Benz?

Suatu ketika dahulu, guru saya (Prof. Zainal Abidin Mohamed, salah seorang pakar dalam bidang Pengurusan Strategik di Malaysia) pernah bertanya kepada saya. “Bilakah sesuatu perkara itu dianggap sebagai satu isu?”. Jawapan beliau ringkas sahaja, “Apabila ia muncul di dada akhbar.”

Sejak kebelakangan ini, salah satu perkara yang sering diperkatakan di media massa ialah tentang pembelian 14 buah kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Perbincangan tentang perkara ini sudah berlarutan selama 2 minggu yang jelas mengiayakan betapa seriusnya perkara ini dan tentunya ia merupakan satu isu besar sebagaimana yang dihujahkan oleh guru saya. Sungguhpun isu ini sudah dianggap selesai oleh Menteri Besar Terengganu (lihat Berita Harian 27 Julai 2008), saya berkeyakinan penuh bahawa ia tidak akan ‘berhenti’ di sini. Terdapat 3 isu susulan yang bakal terjadi.

Pertama, isu penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive. Sama ada anda mahu bersetuju dengan saya atau sebaliknya, kos penyelenggaraan tersebut sama sekali tidak masuk akal. Hal ini sudah ditegaskan oleh pihak pengurusan PROTON yang telah mengemukakan bukti secara saintifik tentang hal ini (RM600 bagi setiap kali penyelenggaraan berkala). Apa maknanya? Sama ada di pihak Kerajaan Negeri atau di pihak mekanik, pastinya berlaku unsur penyelewangan. Pihak mekanik sendiri sudah menyatakan bahawa mereka mengenakan caj tambahan sebanyak 25% ke atas setiap jumlah penyelenggaraan bagi setiap kenderaan. Sebagai contoh, sekiranya kos penyelenggaraan tersebut berjumlah RM600, tambahan sebanyak RM150 akan dikenakan ke atasnya menjadikan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar ialah sebanyak RM750. Kalaupun ia (caj tambahan 25%) dibenarkan, jumlah ini masih lagi rendah sebagaimana yang dilaporkan (purata RM1400 sebuah setiap bulan). Ertinya, tidak cukup dengan caj tambahan sebanyak 25%, ‘pihak tertentu’ turut mendapat habuan dengan mengenakan caj-caj lain yang sepatutnya tidak berlaku ke atas alat-alat ganti kenderaan, kos buruh yang tidak masuk akal dan sebagainya. Melihat kepada semua fakta ini, persoalannya, siapakah yang membenarkan caj tambahan sebanyak 25% ini dilakukan? Menurut pihak mekanik, ia terpaksa dibuat memandangkan kelewatan bayaran di pihak kerajaan negeri. Dakwaan ini segera dinafikan oleh pihak kerajaan negeri? Daripada sisi yang lain, apakah caj tambahan sebanyak 25% ini tidak diketahui oleh pegawai di pihak kerajaan negeri? Jikalau ia berada di luar pengetahuannya, bagaimana pula dengan kakitangan kerajaan negeri (pemandu kereta) yang bertanggung jawab membawa kenderaan tersebut ke bengkel tertentu? Apakah wujud ‘perjanjian-perjanjian tertentu’ yang dimeterai antara pihak bengkel dengan pihak pemandu ataupun pihak pegawai ataupun kedua-duanya?

Kedua, terdapat kemungkinan Menteri Besar Terengganu (YB. Dato’ Ahmad Said) dan Kerajaan Negeri Terengganu akan disaman oleh mantan Menteri Besar Terengganu (YAB. Dato’ Seri Idris Jusoh) di atas kesilapan kenyataan tentang kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang pernah digunakan oleh beliau. Kenyataan ini sesungguhnya telah mencemarkan imej dan reputasi mantan Menteri Besar Terengganu yang pada saat ini masih lagi berada di luar negara kerana mengikuti satu kursus selama 1 bulan. Dalam pada itu, saranan Menteri Besar Terengganu kepada Badan Pencegah Rasuah agar turut sama menyiasat projek-projek utama negeri seperti Taman Tamadun Islam dan Penganjuran ”Monsoon Cup” akan memburukkan lagi hubungan antara mereka berdua.

Ketiga, isu pembelian Mercedes Benz sesungguhnya telah memberi kelebihan kepada pihak pembangkang dalam usaha meraih sokongan rakyat untuk pilihanraya umum ke-13 yang akan datang. Walau apa pun hujah yang diketengahkan oleh Menteri Besar Terengganu untuk ’menghalalkan’ pembelian Mercedes-Benz, saya percaya rakyat Malaysia amnya dan Terengganu khususnya tidak dapat menerima hakikat tersebut dalam keadaan ekonomi global dan negara yang tidak menentu. Pada ketika rakyat Malaysia dinasihatkan agar berjimat-cermat dan bersederhana dalam perbelanjaan, Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan YB. Dato’ Ahmad Said memilih satu pendekatan yang ’tidak cerdik’. Soalan-soalan berikut harus dijawab oleh beliau untuk menidakkan kenyataan saya ini. Dalam suasana ekonomi sekarang, kenapa 14 buah? Sebagaimana yang dilaporkan, cuma kenderaan yang digunakan oleh YB. Toh sahaja yang agak kritikal keadaannya, tetapi kenapa ditukar semua kenderaan yang dipakai oleh exco dan anggota pentadbiran kanan kerajaan? Jikalau benar Proton Perdana V6 Executive tidak berfungsi sebagaimana yang dihasratkan, kenapa tidak memilih kenderaan CKD (kereta yang dipasang dalam negara) yang lain yang jauh lebih murah daripada Mercedes Benz? Jikalau benar kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive memang membebankan Kerajaan Negeri Terengganu, kenapa kos di Terengganu jauh berbeza dengan kos di tempat lain? Silap keretakah atau cara menggunakannya?

YB. Dato’ Ahmad Said seharusnya menggunakan sebaik-baiknya peluang yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT. Dengan izin Allah, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu dengan perkenan DYMM Tuanku Sultan Mizan walaupun tidak persetujui oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia. Pada ketika usaha, fikiran dan keringat yang sepatutnya tertumpu kepada usaha membangunkan negeri dalam suasana ekonomi yang agak mencabar, alangkah ruginya beliau dan anggota pentadbiran kerajaan kerana terpaksa beralih kepada isu yang jelas merugikan rakyat negeri Terengganu secara keseluruhannya.

Akhirnya, renungilah sepotong ayat daripada surah Yusuf ayat 43 yang bermaksud:

Raja berkata (kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya): ”Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor lembu betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu betina yang kurus-kurus dan tujuh biji (gandum) yang hijau dan tujuh biji lainnya yang kering.” Hai orang-orang yang terkemuka: ”Terangkanlah kepadaku tentang tadbir mimpiku itu jika kamu dapat mentadbir mimpi.”

Apa kata Yusuf setelah baginda diminta oleh Raja untuk menjelaskannya. Kata Yusuf sebagaimana termaktub di dalam surah Yusuf ayat 47 dan 48 yang bermaksud:

Yusuf berkata: ”Supaya kamu bertanam selama tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuaikan hendaklah kamu biarkan pada tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sukar, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sukar) kecuali sedikit dari biji gandum yang kamu simpan.”

 

 

Guru Memuji Muridnya: Apa Maknanya?

Apa maknanya pabila guru memuji muridnya? Pertama, apakah itu tanda berakhirnya sebuah kasih sayang yang baru sahaja bersemi? Kedua, apakah guru sudah bosan untuk terus mendidik muridnya? Ketiga, apakah guru sudah merasakan muridnya sudah bisa ‘mengembara’ tanpa bimbingan dan tunjuk ajarnya? Keempat, apakah guru sudah diperlihatkan tanda-tanda tertentu yang menghiasi diri muridnya sehinggakan sampai seruan untuk tidak lagi menunjuki muridnya?

Jikalau benar yang pertama, alangkah rugi muridnya kerana tidak mungkin dapat mewarisi ilmu yang dimiliki guru tanpa kasih sayangnya. Jikalau benar yang kedua, pastinya banyak sifat-sifat mazmumah yang dimiliki muridnya sehingga menimbulkan rasa bosan di hati guru. Jikalau benar yang ketiga, kenapakah seseorang murid itu merasakan semakin ‘bodoh’ pabila semakin mendalami tentang sesuatu. Ertinya, makin diperlukan bimbingan gurunya bukan sebaliknya. Jikalau benar yang keempat, itu bermakna banyaknya kerja ‘penyucian’ yang perlu dilakukan oleh muridnya bagi merebut kembali kasih sayang guru.

Pastinya, si murid tetap berharap moga-moga gurunya terus menerus mendidiknya tanpa ada prasangka dan yakin bahawa gurunya itulah yang akan menunjuki jalan kepadanya untuk sampai kepada hakikat diri dan penciptanya.

Kritikan Terhadap Teori Maslow

Dalam konteks kajian yang berkaitan dengan faktor-faktor pendorong atau penyebab atau penentu kepada berlakunya sesuatu gelagat atau tingkah laku dalam kalangan manusia, ia tidak boleh lepas lari dari mengaitkannya dengan teori-teori motivasi. Salah satu daripada teori motivasi yang masyhur ialah Teori Maslow yang seringkali dirujuk oleh pelbagai pengkaji sejak sekian lama terutamanya dalam kalangan pengkaji yang menggunakan pendekatan deduktif dalam kajian mereka.

Secara umumnya, teori ini menekankan bahawa: kehendak dan keperluan manusia adalah mengikut peringkat keperluan. Manusia bermotivasi untuk berkehendak kepada keperluan peringkat rendah seperti keperluan asas (physiological) dan keselamatan (safety). Pada peringkat ini, ia banyak dipengaruhi oleh faktor luaran dan persekitaran (external factor). Apabila sudah mencapai tahap ini, manusia berkehendak kepada keperluan tahap tinggi (high order) seperti keperluan bersosial (social), keperluan penghormatan (esteem) dan jati diri (self-actualization). Ia lebih didasari oleh faktor dalaman (internal factor). Teori ini turut menyatakan bahawa manusia bermotivasi untuk memperjuangkan keperluan peringkat rendah (asas) sebelum ke peringkat tinggi dalam hieraki keperluan.

Benarkah begitu (manusia bermotivasi untuk memperjuangkan keperluan peringkat rendah sebelum ke peringkat tinggi dalam hieraki keperluan) menurut kaca mata Islam? Teori ini mempamerkan kepada kita betapa manusia harus berikhtiar semaksimum mungkin untuk memenuhi segala keperluan asas seperti makanan, pakaian, rumah dan seks. Seandainya semua ini telah dipenuhi, barulah seseorang itu ‘berhijrah’ untuk mengisi  keperluan tahap tinggi seperti keperluan bersosial (social), keperluan penghormatan (esteem) dan jati diri (self-actualization).

Dalam proses memenuhi segala keperluan asas, teori ini secara jelas menidakkan ‘pertimbangan halal, haram dan syubhat’. Usah difikir soal halal dan haram pada makanan dan minuman, paling penting perut terisi. Begitu juga dengan pakaian, tempat perlindungan dan keperluan seks, paling penting ia mampu memuaskan hawa nafsu. Usah difikir soal membantu golongan yang lebih memerlukan (sama ada dalam bentuk wang ringgit atau bantuan keringat) bagi maksud keperluan sosial, jikalau keperluan asas diri sendiri masih belum dipenuhi secara sempurna.

Apakah Islam mendidik kita sebegitu rupa? Apakah makhluk yang bernama manusia ini telah diprogramkan oleh penciptanya untuk bergelagat sebagaimana yang dihujahkan oleh Maslow. Jikalau teori ini benar, di mana letaknya kedudukan Bilal Ibn Rabah yang tidak menghiraukan keselamatannya pada ketika dia disiksa (ditimpa batu di atas dadanya) oleh orang kafir musyrikin. Satu-satunya kalimah yang bermain di bibirnya ialah “‘ahad, ahad, ahad”. Perhatikan juga kenyataan Ulumcordova yang menyebut: semasa proses pemboikotan ekonomi selama tiga tahun di Mekah, umat Islam dalam riwayat Ibnu Ishak menyatakan hanya daun-daun dan pucuk kayu sebagai makanan. Namun adakah mereka tergugat dengan pendirian mereka? Tidak sama sekali kerana yakin dengan bantuan Allah dan janji Allah dalam surah Al-Hajj ayat 40 iaitu “Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa Yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”. Ertinya, kalaupun seseorang Muslim itu mewarisi sebuah kemiskinan (kais pagi makan pagi, kais petang makan petang), dia tetap memperolehi penghargaan diri dan disanjung ramai oleh kerana keperibadian akhlaknya yang tinggi dan sentiasa menghulurkan bantuan keringat di sana sini. Begitu juga dengan seorang Muslim yang dilimpahi nikmat kekayaan, dia tetap dalam kedudukannya sebagai seorang hamba Allah yang penuh dengan kedhaifan, kelemahan dan kekurangan. Dia bersama-sama merasai segala keperitan yang dialami oleh saudaranya yang miskin dengan melatih dirinya untuk berpuasa, beruzlah (meninggalkan segala kesenangan dan kenikmatan hawa nafsu) dan sudah tentu menginfakkan sebahagian hartanya di jalan Allah. Kesemuanya ini mempamerkan bahawa Muslim yang sejati tidak memperjuangkan keperluan peringkat rendah sebelum ke peringkat tinggi dalam hieraki keperluan. Semua keperluan baik di peringkat rendah mahupun di peringkat tinggi dipenuhi sebaik mungkin sesuai menurut kerangka dan acuan Islam yang lebih mementingkan kualiti daripada kuantiti.

Kesimpulannya, tidak ada cacatnya teori Maslow menurut kaca mata bukan Muslim kerana sudah tersurat di dalam al-Quran bahawasanya Allah menjadikan bumi ini seperti syurga bagi orang-orang kafir. Bagi Muslim pula, teori ini sudah tentu tersasar dari landasan Islam kerana ia bermula dengan premis yang salah dan jelas bertentangan dengan syarak. Dalam konteks motivasi Islam, premisnya harus bermula dengan (1) matlamat akhir ialah mencari keredhaan Allah, (2) segala yang dilakukan tidak lain dan tidak bukan untuk manfaat di perkampungan akhirat nanti; dan (3) jadilah insan yang paling banyak memberi manfaat kepada insan yang lain.

Mohon Kasih

Saya dan keluarga kini sedang melalui satu ujian ‘getir’ tatkala diberitahu semalam (15 Julai 2008) oleh ayah (kini berada di IJN) bahawa ‘bypass’ adalah satu-satunya pilihan yang ada bagi membolehkan ayah kembali sihat seperti biasa.

Mohon sahabat-sahabat semua mendoakan agar ayah saya diberi kekuatan oleh Allah untuk melalui ujian ini dan insyaAllah berjaya dalam pembedahan tersebut.

AMIN YA RABBAL A’LAMIN

Announcement

Assalamualaikum!

I would like to tell you that I’m gonna conduct few interview sessions (Mid August and September 2008) with experts in Islamic banking and finance area. This effort is in line with the aim to confirm the right determinants (Confirmation of Items) to be included in the existing conceptual framework that has been developed by me myself as a researcher. This process is a ‘must’ to support the validity and realiability of the said conceptual framework that will be used as tool of analysis in the empirical work.

 

For that purpose, experts are divided into 4 categories i.e (1) Islamic Banking Consultant (2) Practitioner (3) Academician and (4) Religious Figure. (see below)

(1) Islamic Banking Consultant : Prof. Dato Dr. Sudin Haron (President of Kuala Lumpur Business School) and Tuan Haji Sabar Abd Rahaman (Syariah Consultant of Microlink)

(2) Practitioner: Dato’ Wan Ismail Wan Yusoh (General Manager of BIMB) and Badlisyah Abd Ghani (CEO of  CIMB Islamic Bank)

(3) Academician: Dr. Atikullah (USM) and Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (UIAM)

(4) Religious Figure: S.S Dato’ Hassan Ahmad (Mufti of Penang) and Ustaz Mohd Bakir Mansor (Chairman of BIMB Syariah Supervisory Council)

5 of them have been contacted and willing to help me in order to achieve my first objective of the thesis.

May Allah helps me……………