Wajarkah Keledek Menggantikan Beras?

Agak mengejutkan apabila cadangan menggantikan beras dengan keledek dibangkitkan oleh Ketua Pengarah ISIS dalam usaha menangani masalah kekurangan beras. Terdetik di hati saya, adakah beliau merupakan orang yang pertama melaksanakan cadangan beliau sendiri? Apakah mungkin orang yang sudah merasa selesa dibuai kesenangan akan memilih jalan kesusahan sebagaimana yang dialami oleh ramai masyarakat bawahan. Bagi golongan miskin, ketiadaan beras bukanlah suautu isu yang besar kerana itulah realiti kehidupan mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sesungguhnya mereka ini telah lama beralih menggunakan bahan pengganti selain beras untuk mengalas perut.

Belajarlah daripada pengalaman Khalifah Umar Al-Khattab yang merantau segenap ceruk daerah dan kampung untuk lebih memahami masalah rakyat bawahan. Apakah mungkin teori ekonomi yang terikat dengan prinsip penawaran dan permintaan dapat menjadi instrumen penyelesaian kepada permasalahan yang sedang berlaku dengan hanya duduk di kerusi bertemankan udara air-cond yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Belajarlah……………

Subsidi Minyak: Apakah Perlu?

Kerajaan Malaysia seharusnya memikirkan kembali keputusan mengekalkan pemberian subsidi minyak kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia dilihat tidak adil kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana pada ketika golongan kaya berlumba-lumba menambah nilai kekayaan aset dan bilangan isteri (tidak semua….). Belajarlah daripada pengalaman Khalifah Umar Abdul Aziz yang berpegang kepada prinsip keadilan dalam apa jua urusan.

Apakah adil namanya jika Ahmad bin Alias (bukan nama sebenar) yang memiliki Brabus menikmati nilai subsidi yang sama seperti Ali bin Abu (bukan nama sebenar) yang memiliki Perodua Viva 850cc? Sudah sampai masanya Kerajaan perlu melaksanakan dasar pemberian subsidi mengikut kategori tertentu seperti jumlah pendapatan isi rumah sebulan.  

Halalkah ASN, ASB?: Satu Keperluan Penjelasan

Perisytiharan ’Labur ASB, ASN harus’ yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan kali yang ke-80 baru-baru ini merupakan satu pengumuman yang sangat besar ertinya kepada seluruh pelabur Muslim di Malaysia. Lebih-lebih lagi mereka yang begitu mengambil berat soal halal dan haram dalam setiap perkara termasuk urusan kewangan dan perbankan. Pengumuman ini sebenarnya sudah dinantikan sejak sekian lamanya sungguhpun telah terdapat beberapa keputusan Majlis Fatwa Negeri seperti Perak dan Sarawak yang mengharuskan pelaburan ASB dan ASN. Sebagai contoh, Majlis Fatwa Perak yang bersidang pada 1 Ogos 1992 memutuskan bahawa adalah harus hukumnya bermuamalah dengan skim ASB dan ASN dan segala keuntungan yang terbit daripadanya sama ada berupa dividen atau bonus adalah halal hukumnya. Hal yang sedemikian terjadi kerana di sebalik pengharusan ini, terdapat beberapa tokoh akademik yang dominan dan juga Majlis Fatwa Selangor yang mengharamkan pelaburan tersebut. Bagi mereka yang memahami perkaitan antara rezeki dengan tingkah laku dan ibadat seseorang Muslim, mereka memilih untuk tidak melabur di dalam skim tersebut. Justeru, perisytiharan yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan menolak segala keraguan yang timbul terutamanya kepada masyarakat awam yang sangat terhad akan kemampuan ilmu dan pengetahuannya.

 

Dari suatu sudut yang lain, pengumuman ini bagaimanapun tidak menjelaskan beberapa permasalahan utama yang membawa kepada penentuan hukum. Ia merujuk kepada permasalahan tentang aqad pelaburan yang tidak jelas, jaminan modal yang merosakkan aqad pelaburan; dan percampuran portfolio pelaburan di dalam industri halal dan haram (rujuk tulisan Zaharuddin Abd Rahman di www.zaharuddin.net.my).  Dalam konteks pelaburan ASB, terdapat dua perkara utama yang boleh menjejaskan ’keharusan’nya. Pertama, ketidak jelasan aqad pelaburan ASB (tidak dinyatakan langsung) sama ada mengguna pakai prinsip mudharabah atau musyarakah. Penentuan salah satu daripadanya memberi kesan kepada kadar nisbah pembahagian keuntungan. Kedua, jaminan modal seperti yang termaktub dalam surat ikatan amanah bahawa nilai saham ASB adalah ’tetap’ pada RM1 seunit boleh merosakkan rukun dan syarat mudharabah, sekiranya ia mengguna pakai kontrak mudharabah. Penetapan kadar ini boleh menyebabkan kontrak bertukar daripada mudharabah kepada qardh (hutang) dan memberi implikasi yang berbeza kepada keseluruhan pembahagian keuntungan.

 

Perbincangan di sini tidak bermaksud menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana merekalah kelompok ilmuan Islam yang mampu mentafsir setiap ruang muamalat dan aplikasinya kepada produk-produk kewangan. Sekiranya faktor maslahah (faedah) dijadikan sebagai asas penelitian dan pertimbangan kepada pengharusan tersebut, ia wajar ’dijelaskan’ secara lebih mendalam.

  

Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan dua perkara kepada pihak berwajib bagi mengatasi segala permasalahan yang timbul.

 

Pertama, penjelasan secara bersiri melalui media massa sama ada dalam ruangan ’Bicara Mufti’ (RTM1), ’Forum Perdana’ (RTM1), ’Al-Kuliyyah’ (TV3), ’Halaqah’ (TV9) atau ruangan ”Agama” (surat khabar) atau penerbitan buku khas. Ia mencakupi 3 permasalahan utama yang membawa kepada perbezaan penentuan hukum antara Majlis Fatwa Negeri, 2 perkara utama yang menjejaskan ’keharusan’ pelaburan ASB; dan pemakaian maksud maslahat dalam konteks pelaburan ASB dan ASN.     

 

Kedua, menambah baik segala struktur teknikal pelaburan ASB dan ASN yang menimbulkan kontroversi seiring dengan perkembangan terkini industri pelaburan Islam yang semakin canggih dan berdaya saing.

 

Akhir sekali, saya optimis bahawa Malaysia yang telah dikenali sebagai hab kewangan Islam antarabangsa akan terus ’dibanjiri’ pelaburan asing dari semasa ke semasa. Jelasnya, kedudukan ekonomi negara-negara besar dunia seperti Amerika Syarikat semakin lemah hasil pelaksanaan sistem kewangan konvensional.

 

 

AHMAD AZRIN ADNAN 

Penyelidik Bersekutu

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)

Universiti Sains Malaysia

 

 

Islamic Consumer Behavior: Realistics or Myths?

It is so easy …..

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!